ukiran hati dan perasaan

Saturday 22 September 2012

kesempurnaan bukan segalanya


Assalamualaikum
Kadang-kadang kita terlalu mencari insan yang sempurna , sejuk dimata apabila memandang , untuk menjadi pembimbing kita kejalan yang diRedhai.  Akan tetapi, sedarkah kita bahawa kita tidak cukup sempurna untuk mendapatkan orang yang sempurna. 
Tetapi, adakah orang yang tidak sempurna tidak berpeluang langsung untuk mendapatkan seseorang yang sempurna???
Untuk mendapatkan insan yang sempurna agamanya, kita juga perlu sempurna agama kita.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengejar kesempurnaan agama.  Insyaallah  , Allah itu maha mendengar dan maha penyayang, maha mengampuni, dan maha memaafkan..
Jika kita ingat allah waktu susah dan senang, maka allah juga akan sentiasa ingat kita.
“tiada duka yang abadi didunia,
Tiada sepi merantaimu selamanya,
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani”
Allah tidak akan mungubah takdir seseorang melainkan insan itu mengubah takdirnya sendiri..
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok”
-islam biarlah pada hati- J

teks bergerak